AgamaHallo PolisiHallo TNILintas DaerahNewsRagamRedaksi

Ustadz Aceng Anwar S.Kom.I., : Keutamaan Zikrullah Laa Ilaha Illallah

265
×

Ustadz Aceng Anwar S.Kom.I., : Keutamaan Zikrullah Laa Ilaha Illallah

Sebarkan artikel ini

Penajournalis.com ,- Mimbar dakwah bersama Ustadz Aceng Anwar S.Kom.I., da’i Kamtibmas Rohbintal Polsek Koramil Leuwigoong Polres Kodim Garut, Ketua MUI desa Margacinta, Pimpinan Majelis Taklim Sunan Mataram Kp Cikukuk, Dewan Penasehat Rohani Penajournalis.com, (05/08/2022).

KEUTAMAAN ZIKRULLAH LAA ILAHA ILLALLAH

MERUPAKAN AMALAN ZIKRULLAH YANG PALING “BERAT” TIMBANGANNYA, BAHKAN LEBIH DARIPADA TUJUH PETALA LANGIT & TUJUH PETALA BUMI

Akal Manusia sememangnya sukar membayangkan bagaimana beratnya 7 petala bumi & 7 petala langit.

Namun tahukah kita, kalimat zikirullah “laa ilaha illallah (tiada tuhan selain Allah SWT)” adalah lebih berat timbangannya jika dibandingkan dengan berat 7 petala langit & 7 petala bumi ?

Zikir merupakan amalan seorang hamba yang dilakukan untuk mengingati Allah.

Jumlah zikir begitu banyak & memiliki keistimewaan tersendiri.

Zikir merupakan kalimat-kalimat yang dilafadzkan seorang muslim sebagai salah satu bentuk ibadah dengan cara mengingati Allah. Ada banyak kalimat zikir yang dapat dilafazkan antara lain bertasbih, tahmid & takbir.

Nabi Musa (alahis salam) berkata kepada Rabbnya, “Ya Allah, ajarkanlah kepadaku tentang sesuatu untuk berzikir kepada-Mu?”
Allah SWT mengajarnya,
“Ucapkanlah ‘Laa ilaha illallah’. “

Dalam riwayat yang disampaikan oleh Imam an-Nasa’i ini, Nabi Musa a.s memohon kepada Allah Ta’ala selepas mendapatkan ajaran tentang kalimat zikir yang mulia itu.

Pinta Nabi Musa a.s,
“Ya Allah, setiap kali mengucapkan zikir ini, berikanlah aku pahala yang istimewa.”

Sebagaimana disebutkan dalam
Hadis Qudsi dari Abu Sa’id al-Khudri,
Allah SWT dalam firman-Nya,
“Wahai Musa, seandainya tujuh lapis bumi beserta isinya digabungkan dengan tujuh lapis langit dengan seluruh semestanya & diletakkan di sebelah timbangan kalimat ‘Laa ilaha illallah’, nescaya kalimat itu lebih berat, melebihi semua itu.”

Masha Allah .. begitu besarnya keutamaan kalimat zikir ini, sehingga beratnya melebihi tujuh lapis langit & bumi. Padahal menurut kita selama ini, bumi beserta isinya saja sudah sedemikian berat. Namun nyatanya, kalimat yang mudah diucapkan ini, memiliki keutamaan dibanding hal itu.

Tapi memang faktanya, tidak semua mampu mengucapkan kalimat “Laa ilaha illallah” ini. Hanya manusia pilihan Allah SWT sahaja yang dengan ikhlas mengucapkan kalimat ini.

Bagi mereka yang tidak beriman kepada Allah, maka kalimat “Laa ilaha illallah” adalah hal mustahil yang dapat terucap. Kerana kalimat ini menjadi persyaratan mutlak ketika seseorang percaya kepada Islam.

Kalimat “Laa ilaha illallah” jika diucapkan dengan ikhlas, kemudian pelakunya mati, inshaa Allah, maka dia berhak mendapat syurga Allah.

Zikir ‘Laa ilaha illallah’ mempunyai banyak fadhilat & kelebihan, antaranya ialah:-

PERTAMA :
PENGAMAL AKAN MENDAPAT SYAFAAT
DARI RASULULLAH S.A.W.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w : Yang akan mencapai kebahagiaan & keuntungan melalui syafa’atku ialah orang yang mengucap kalimah ‘Laa ilaha illallah’ dengan hati yang ikhlas.”
[Hadis riwayat al-Bukhari]

KEDUA :
MENDAPAT JAMINAN MASUK SYURGA

Dari Zaid bin Arqam r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,
“Barangsiapa yang mengucapkan
‘Laa ilaha illallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.”

Lalu ditanya kepada baginda s.a.w, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?”

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.”
[Hadis riwayat at-Tabarani]

KETIGA :
TIDAK AKAN DIMASUKKAN KE DALAM
API NERAKA

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,
“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hambapun yang mengucapkannya
& membenarkannya dengan hati kemudian
dia mati dengannya, melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahannam. Kalimah itu ialah ‘Laa ilaha illallah’. ” (Hadis riwayat al-Hakim)

KEEMPAT :
AMALAN ZIKIR TERSEBUT MENDAPAT TIMBANGAN YANG LEBIH BERAT DARI AMALAN-AMALAN YANG LAIN

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
“Demi yang diriku di tangan Allah, jika sekiranya segala langit & bumi ; & siapa yang ada padanya & apa-apa yang ada di antaranya & apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing & kalimah ‘Laa ilaha illallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Laa ilaha illallah’ itulah yang lebih berat.”
[Hadis riwayat at-Tabarani]

KELIMA :
MERUPAKAN ANAK KUNCI SYURGA

Muaaz bin Jabal r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,
“ Anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Laa ilaha illallah’. ”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

JANGAN TINGGALKAN ZIKIR

Memindah (menaikkan) dari satu tingkat ke lain tingkat (darjat), zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju kepada Allah, bahkan yang sangat mudah & ringan.

Abu Qasim al-Qusyairy berkata :
“Zikir itu simbol wilayah (kewalian); & pelita penerangan untuk sampai & tanda sihatnya permulaannya; & menunjukkan jernihnya akhir puncaknya; & tiada suatu amal yang menyamai zikir, sebab segala amal perbuatan itu ditujukan untuk berzikir, maka zikir itu bagaikan jiwa dari segala amal. Segala kelebihan zikir & keutamaannya tidak dapat dibatasi”.

Allah berfirman, maksudnya :
“Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika dia mengingati Aku. Jika dia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika dia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai. Dan jika dia mendekati kepada-Ku sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika dia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.” [ Hadith Qudsi riwayat Syaikhan,
Tirmidzi & Abu Hurairah r.a]

Abdullah bin Abbas r.a. berkata :
“Tiada suatu kewajipan yang diwajibkan oleh Allah pada hamba-Nya, melainkan ada batas-batasnya, kemudian bagi orang-orang yang uzur dimaafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir … maka tidak ada batas & tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal (gila)”.

Firman Allah SWT yang bermaksud,
“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi, & silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (Mereka adalah) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring & mereka memikirkan tentang penciptaan langit & bumi (seraya berkata): ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka’. ” [Surah 3 Ali-‘Imran : 190 & 191]

Firman Allah yang bermaksud,
“Hai sekalian orang yang beriman : Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya zikir. Dan bertasbihlah (mengagumkan) Allah pada pagi & petang.”

ANTARA ZIKIR YANG BOLEH DIJADIKAN AMALAN

Dari Abu Hurairah r.a., katanya
Rasulullah s.a.w bersabda,

“Siapa membaca kalimat tahlil :
‘Laa ilaha ilallah wahdahu laa syari-qalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir’ sebanyak 100 kali dalam sehari, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan 10 orang budak & dicatat untuknya 100 kebajikan, serta dihapus daripadanya 100 kesalahan (dosa), & pada hari itu, dia terpelihara dari godaan syaitan sampai ke petang. Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari 100 kali. Dan siapa membaca: ‘Subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali dalam sehari, dihapus segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan.” (Sahih Muslim dalam Bab – Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2313)

Dari Amru bin Maimun r.a., dari
Rasulullah s.a.w sabdanya:

“Siapa membaca: ‘Laa ilaha illallah wahdahu laa syari-qalah, lahul mulku wa lahul hamdu,
wa huwa ala kulli syai-in qadir’ sebanyak 10 kali, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala orang yang memerdekakan 4 orang keturunan Ismail.” (Sahih Muslim dalam Bab – Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2315)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan pahalanya & keduanya disukai Allah SWT
ialah: ‘Subhanallah wa bihamdihi,
subhanallahil adzim’. “
(Sahih Muslim dalam Bab – Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2316)

Dari Juwairiyah binti Al Harits (salah seorang isteri Rasulullah s.a.w), katanya Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha, Rasulullah s.a.w pulang, sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya.

Rasulullah bertanya kepadanya,
“Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu, sejak kutinggalkan tadi?”

Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!”.

Sabda Nabi s.a.w,
“Aku hanya mengucapkan 4 kalimat sebanyak 3 kali, semenjak aku meninggalkan engkau tadi, andaikata kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat.

Kalimat itu ialah:
‘Subhanallah wa bihamdihi ‘adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi ‘ (Maha Suci Allah & dengan mengucapkan puji-pujian pada-Nya, sebanyak hitungan makhluk-Nya, sesuai dengan keredhaan Zat-Nya, seberat timbangan ‘Arasy-Nya & sepanjang beberapa kalimah-Nya)’. “
[ Sahih Muslim Bab – Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No. Hadis – 2348 ]

Allahu Akbar !!

Credit: Madinah Ahmad Hipeni

Ustadz Aceng Anwar S.Kom.I

Editor : Sri Panuntun

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *