AgamaNewsRedaksi

Ulang kaji Bab Puasa, tidak lama lagi Ramadhan : Oleh Ustadz Aceng Anwar S.Kom.I

447
×

Ulang kaji Bab Puasa, tidak lama lagi Ramadhan : Oleh Ustadz Aceng Anwar S.Kom.I

Sebarkan artikel ini

Penajournalis.com – Mimbar Dakwah, Oleh Ustadz Aceng Anwar S.Kom. I, Dai Kamtibmas Polres Garut, Ketua MUI desa Margacinta kec. Leuwigoong, Dewan Penasehat Rohani Penajournalis.com (22/04/2020).

Ulang kaji Bab Puasa, tidak lama lagi Ramadhan:

Syarat Wajib Puasa :

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Sehat
  5. Bermukim (Tidak Musafir)
  6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :

  1. Islam
  2. Berakal & Mumayyiz
  3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
  4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa :

  1. Orang Yang Puasa
  2. Berniat
  3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :

  1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
  2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka Seperti (lubang ?, ???, 2 lubang kemaluan)
  3. Muntah Dengan Sengaja
  4. Keluar Haid & Nifas
  5. Gila
  6. Murtad
  7. Keluar Mani Dengan Sengaja
  8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunnah Ketika Puasa :

  1. Segera Berbuka Puasa
  2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
  3. Baca Doa
  4. Melambatkan Bersahur
  5. Memperbanyak Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
  6. Sentiasa Bersedekah
  7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
  8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :

  1. Bersuntik
  2. Berbekam
  3. Berkumur-Kumur
  4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
  5. Mandi Yang Berlebihan
  6. Rasa Makanan Di ujung Lidah

5 HAL YANG MENGHILANGKAN PAHALA PUASA :

  1. Berdusta
  2. Ghibah
  3. Ado Domba
  4. Sumpah palsu
  5. Memandang seseorang dgn nafsu syahwat
  6. mengeluarkan kata kata keji, cacian maki

Golongan Yang Wajib Qada’ Puasa :

  1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
  2. Orang Yang Musafir (Bukan Karena Maksiat)
  3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
  4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
  5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
  6. Orang Yang Pitam/Mabuk
  7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa:

  1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada’kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua – (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada’ Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
    Kalau Tidak Di Qada’ Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
  2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
  3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
  4. Orang Yang Ada Qada’ Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
  5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada’ Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Karena Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudharatkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada’ Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Keduanya Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada’ Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :

  1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
    (Sekiranya Tidak Mampu)
  2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
  3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
    Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Karena Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:

  1. Puasa Umum – Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjima’
  2. Puasa Khusus – Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
  3. Puasa Khusus Al-Khusus – Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Dzahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :

  1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
  2. Orang Musafir
  3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
  4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
  5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudharatkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..

Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja’riah..
In Shaa ALLAH.
???

Berbuka puasa dgn buah kurma + minum air hangat. (Redaksi Penajournalis.com)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *